KURSUS TEKNOLOGI PENDIDIKAN MPT 1193 AUTHORING SYSTEM UTM SKUDAI

Monday, 26 September 2011

Refleksi MPT 1193 Minggu1 (Bahagian2)

Sesi  perbincangan Minggu 1 membincangkan 12 soalan berkaitan topik pembelajaran sebagai asas kesinambungan pembelajaran minggu berikutnya.

1. What is an educational courseware?

Educational courseware merupakan perisian atau software yang digunakan bagi membina program yang boleh digunakan oleh pelajar atau penuntut sama ada secara kendiri atau bersama guru.Antara perisian yang sesuai digunakan ialah Macromedia Autoware , dan Adobe Flash atau yang paling mudah menggunakan MS Powerpoint.

2. What are multimedia elements that can be generate into a courseware ?
Elemen multimedia yang boleh digabungkan ialah elemen video,animasi,sound dan grafik.

3. How to distribute a standalone multimedia courseware?
4. What is the different of a webpage, website and portal ?
WEBPAGE merupakan halaman tunggal atau single page ,manakalah WEBSITE ialah gabungan beberapa webpage manakala PORTAL atau dikenali juga sebagai GERBANG WEB pula adalah gabungan beberapa website sama ada koleksi pelbagai atau koleksi khusus .

5. What are multimedia element that can be integrated into a webpage?
Elemen multimedia yang boleh dijanakan dalam webpage ialah video , sound, grafik dan animasi.

6. How to integrate graphic into a webpage?
Grafik boleh diintegrasikan di dalam webpage dengan menggunakan format-format grafik atau gambar yang bersesuaian seperti file vector,bitmap, graphic interchange format,joint photografic expert group, adobe photoshop dan sebagainya.

7. What are the graphic file extension that can be accepted in w.w.w media?
Antara file extenson yang diterima dan mudah dimuat turun atau dimuat naik ialah .jpeg , .bmp, .png dan . gif.

8. How to integrated audio and video?
Audio dan video boleh diintegrasikan dalam webpage dengan menggunakan perisian yang lebih ringan seperti Windows Movie Maker,Sony Vegas,Sony Sound Forge atau Ulead Movie Maker.

9. How to inteprated animation into a webpage and what are the file extension?
Animasi juga boleh digabungkan ke dalam webpage menggunakan perisian pembina animasi seperti Swish,Swish Max, Macromedia atau Adobe Flash.File extension yang digunakan ialah .gif (Graphic Interchange Format) , .swf( Flash) atau .ani ( MS Windows Animated Cursor).


10. What are the software that can be used to develope a webpage ?

Perisian yang digunakan untuk mebangunkan webpage seperti MS Front Page dan Adobe Dreamweaver.

11. How to make your webpage interactive?
Bagi menghasilkan webpage yang lebih interaktif, kita boleh mamasukkan elemen animasi, video dan suara yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan webpage tersebut.Perisian yang sesuai bagi menghasilkan webpage tersebut ialah Adobe Dreamweaver.

12. What are ASP, and  PHP?
ASP dan PHP meruapakan bahasa pengaturcaraan laman web yang dinamik kerana kedua-duanya boleh digabungkan bersama pengkalan data (database).ASP singkatan kepada Active Server Pages dikeluarkan oleh Microsoft digunakan dalam sistem server seperti Internet Information Sever (IIS). 
 PHP (PHP: Hypertext Preprocessor) digunakan dalam sistem operasi  server  Unix and Linux dan Windows NT.

1 comment:

  1. well written, simple explanation but the points are there...

    ReplyDelete