KURSUS TEKNOLOGI PENDIDIKAN MPT 1193 AUTHORING SYSTEM UTM SKUDAI

Friday, 30 December 2011

REFLEKSI MINGGGU KE-11- PEMBINAAN WEB MENGGUNAKAN PHP DAN DREAMWEAVER

WEEK 11

Pada minggu ini , kami memulakan pembinaan web menggunakan PHP dan Dreamweaver

Bagi memulakan pembinaan web dinamik, Aplication  server atau Pelayan Aplikasi  perlu dipasang terlebih dahulu .  Pakej lengkap pelayan tersebut ialah mengandungi:
   1. apache HTTP  server
   2. php Hypertext Preprocessor
   3.mysql database
   4. php-myadmin   iaitu MySQL Control Panel
   5. Xampp

Huraian
1. Apache Web Server
    Apache web server  bertugas sebagai pelayan web atau local server
    Apachee web server  membolahkan kita mengakses web secara dalaman tanpa online
    Juga membantu menggunakan fungsi tambahan seperti send mail, database, php dsb
    Ia membolehkan rangkaian komputer mengakses laman web secara LOcal Area Network atau LAN

  

2.  MySQL database
    MySQL merupakan sejenis pangkalan data  untuk menyimpan input web dan memaparkan semula
       data tersebut
    Menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna mengikut susunan
    Ia terdiri daripada 1 atau lebih TABLE  yang setiap satunya mempunyai  FIELD yang MEDAN

3. PHP Hypertext preprocessor
    PHP berfungsi untuk mengekodkan semula aturcara PHP yang dicipta melalui dokumen PHP dan
    menukarkannya mengikut arahan yang dibuat dalam web dokumen.
      
4.PHP MyAdmin
   Merupakan sistem pengurusan pengkalan data yang terdapat dalam Xampp .
   Bertugas mengurus dan mengoptimumkan penggunaan pangkalan data  MySQL

5. Xampp



 

Adobe Dreamweaver
 Adobe Dreamweaver dahulunya dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver merupakan
 aplikasi pembangun laman web . Ia mempunya kod -kod  PHP, ASP ,JSP dsb di dalamnya.


  
Contoh di atas merupakan penggunaan Dreamwever membina design
website sebelum dihubungkan dengan PHP MyAdmin dan Database MySQL.









REFLEKSI MINGGU KE-10




WEEK 10
Pada minggu ini, Dr Zaida memperkenalkan secara umum asas web dinamik  dan
program yang terlibat iaitu:
  1. Adobe Dreamweaver - asas pembinaan design web
  2. HTML                      - mengenali beberapa kod HTML
  3. ASP                        - teknology ASP untuk membina web digabung bersama DW
  4. PHP                        - Teknology PHP dan MySql digabungkan bersama Dreamweaver

Thursday, 1 December 2011

REFLEKSI MINGGU 9 BAHAGIAN 2- PEMBINAAN MUKA DEPAN WEB RINGKAS MENGGUNAKAN DREAMWEAVER

Minggu ini merupakan minggu pertama selepas Cuti Semester dan kami diperkenalkan dengan Adobe Dreamweaver.
Saya memilih tajuk: Pendidikan Khas Negeri Johor
.
Pra Pembinaan Website
1. Rancang topik dan bahan yang akan di paparkan
2. Buat storyborad/lakaran web yang bakal dihasilkan
Langkah Pembinaan:
1. Klik New Program
2. Pilih Create New File
3. Pilih HTML
4. Klik Create

5. Insert Table dan apabila kotak dialog table dipaparkan, masukkan satu table besar yang mempunyai
    1 column dan 3 Row.
6. Bagi menentukan lebar laman web , pilih Table Width dan ubah kepada ukuran PIXEL .
7. Lebar dicadangkan ialah 980 pixel.
8.Pastikan Border table  Thickness ialah "0". Ini
   bermaksud, border  table tidak kelihatan di web.
9. Masukkan  pada baris ke-3, satu table yang mempunyai 1 row dan 2 column.

10. Ini bermaksud, baris pertama ialah HEADER
                               baris kedua  ialah   SUBTOPIK
                               baris ketiga  ialah  Muka Hadapan
                              ( Lihat Gambar 1)

.................................................................................................................................................

Monday, 28 November 2011

REFLEKSI MINGGU 9 -BAHAGIAN 1-PENGENALAN WEBSITE



PENGENALAN  WEBSITE

World Wide Web (WWW) merupakan sistem berasaskan hipermedia yang menyediakan pelbagai maklumat dalam internet.Persembahan maklumat terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada tulisan, gambar,bunyi dan video.

Pada awalnya internet dikenali sebagai ARPANET dibangunkan untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat. Kemudian TCP/IP atau Tramsmision Control Protocol /Internet Protocol telah diadaptasikan dalam protokol komunikasi internet.Antara protokol yang menggunakan TCP/IP ialah kemudahan menghantar fail  menggunakan internet yang dikenali sebagai FTP atau File Transfer Protokol dan SMTP atau Simple Mail Transfer Protocol.

Kebanyakan maklumat di internet dsimpan dalam dokumen  yang menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipanggil HTML ( Hyper Text Mark-Up Language)
Protokol ynag mengawal pertukaran maklumat  antara pelayan web dan pelayar  ialah Hyper Text Transfer Protokol (HTTP) .Dokumen dan alamatnya dikenali sebagai UNiform Resource Location (URL)
 Alamat lengkap bagi keseluruhan laman web dikenali sebagai Domain.Contohnya http://www.smkll.com. Bagi memberikan maklumat terperinci sesuatu fail dalam lokasi leman web tersebut, alamat fail tersebut akan ditambah di belakang domain .Contoh:http://www.smkll.com/guru/pkhas/abdulmurad.html.

Komponen asas
Komponen asas bagi melayari web ialah Komponen Perkakasan dan Perisian Web.Komponen Pelayan  ialah komputer,pelayan web dan pelayan pangkalan data.Contoh perisian yang digunakan  untuk melayari web ialah Internet Explorer dan Mozilla Firefox .Pelayan web pula adalah seperti Apache dan Microsoft Windows Server.
     PelayanPangakalan Data pula merupakan lokasi pangkalan data itu diletakkan  yang diuruskanoleh perisian seperti Microsoft  SQL Server,dan Microsoft Access .

Jenis Laman Web
Laman web terdiri daripada 2 jenis iaitu STATIK dan DINAMIK
1. .Laman web statik hanya membolehkan pengguna melihat sahaja tanpa dapat berinteraksi ,Pengguna hanya boleh klik kepada pautan kepada halaman yang disediakan.Web statik menggunakan kod HTML yang dibina menggukan Microsoft Dreamwever,MS Frontpage,Notepad dan disimpan dalam bentuk .htm atau .hml.
2.Laman Web Dinamik membolehkan pengguna berinteraksi dengan laman web dan sentiasa berubah mengikut masa.Sebagai contoh laman web penempahan hotel  atau teksi.Lamn web dinamik mempunyai hubungan dengan Sistem Pengurusan Data (SPPD)Jenis SPPD yang sesuai bagi membina web dinamik  Active Server Page (ASP) ialah Microsoft Access dan Microsoft SQL. Manakala PHP pula ialah perisian  MySQL 
  ASP.NET merupakan  bahasa pengaturcaraan pelayan yang diperbaiki dari versi asal iaitu ASP yang kini merupakan penggunaan tertinggi berbanding Java dan PHP.