PENGENALAN WEBSITE
World Wide Web (WWW) merupakan sistem berasaskan hipermedia yang menyediakan pelbagai maklumat dalam internet.Persembahan maklumat terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada tulisan, gambar,bunyi dan video.
Pada awalnya internet dikenali sebagai ARPANET dibangunkan untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat. Kemudian TCP/IP atau Tramsmision Control Protocol /Internet Protocol telah diadaptasikan dalam protokol komunikasi internet.Antara protokol yang menggunakan TCP/IP ialah kemudahan menghantar fail menggunakan internet yang dikenali sebagai FTP atau File Transfer Protokol dan SMTP atau Simple Mail Transfer Protocol.
Kebanyakan maklumat di internet dsimpan dalam dokumen yang menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipanggil HTML ( Hyper Text Mark-Up Language)
Protokol ynag mengawal pertukaran maklumat antara pelayan web dan pelayar ialah Hyper Text Transfer Protokol (HTTP) .Dokumen dan alamatnya dikenali sebagai UNiform Resource Location (URL)
Alamat lengkap bagi keseluruhan laman web dikenali sebagai Domain.Contohnya http://www.smkll.com. Bagi memberikan maklumat terperinci sesuatu fail dalam lokasi leman web tersebut, alamat fail tersebut akan ditambah di belakang domain .Contoh:http://www.smkll.com/guru/pkhas/abdulmurad.html.
Komponen asas
Komponen asas bagi melayari web ialah Komponen Perkakasan dan Perisian Web.Komponen Pelayan ialah komputer,pelayan web dan pelayan pangkalan data.Contoh perisian yang digunakan untuk melayari web ialah Internet Explorer dan Mozilla Firefox .Pelayan web pula adalah seperti Apache dan Microsoft Windows Server.
PelayanPangakalan Data pula merupakan lokasi pangkalan data itu diletakkan yang diuruskanoleh perisian seperti Microsoft SQL Server,dan Microsoft Access .
Jenis Laman Web
Laman web terdiri daripada 2 jenis iaitu STATIK dan DINAMIK
1. .Laman web statik hanya membolehkan pengguna melihat sahaja tanpa dapat berinteraksi ,Pengguna hanya boleh klik kepada pautan kepada halaman yang disediakan.Web statik menggunakan kod HTML yang dibina menggukan Microsoft Dreamwever,MS Frontpage,Notepad dan disimpan dalam bentuk .htm atau .hml.
2.Laman Web Dinamik membolehkan pengguna berinteraksi dengan laman web dan sentiasa berubah mengikut masa.Sebagai contoh laman web penempahan hotel atau teksi.Lamn web dinamik mempunyai hubungan dengan Sistem Pengurusan Data (SPPD)Jenis SPPD yang sesuai bagi membina web dinamik Active Server Page (ASP) ialah Microsoft Access dan Microsoft SQL. Manakala PHP pula ialah perisian MySQL
ASP.NET merupakan bahasa pengaturcaraan pelayan yang diperbaiki dari versi asal iaitu ASP yang kini merupakan penggunaan tertinggi berbanding Java dan PHP.